PENGENALAN



Amalan 5S merupakan konsep asal diadaptasi dari Jepun dan dilaksanakan sejak 80an. Amalan 5S terdiri daripada sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan Amalan 5S bermula pada tahun 2006 sehingga pada tahun 2009 ia telah dipersijilkan. Manakala pada tahun 2012, JPN telah berjaya memperolehi Pensijilan 5S 1JPN.

Selaras dengan penjenamaan EKSA yang diperkenalkan oleh MAMPU untuk melahirkan persekitaran kerja yang kondusif dan membudayakan Go Green, JPN di dalam Mesyuarat Persijilan bersama MAMPU pada 2 April 2015 telah bersetuju untuk menjenamakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S1JPN kepada EKSA.

0 comments:

Post a Comment

Countdown

About Me

Merupakan Website Rasmi Sudut Maya EKSA Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perak
Powered by Blogger.